25.7.11

UPDATE 25/07/2011 (mudy dayyy)

hari ni aku mudy sgt.. npe tah.. aku rase nk nangis, rasa nk marah org, rasa sedih.. aku rase aku ni loserr sgt.. fuck ahhh!! FUCKK ME!!!!!

18.7.11

UPDATED 18/7/2011

Uihhh... da lame rupenye aku x ngadap blog ni.. hurmm.., byk  gak la yg terjadi.. dulu bos skang da kuli, bos pon x bpe nk bos.. hahaha.. hurm.. hidop ni kadang2 bosan, tgk individu la.. bg aku.. dunia ni penuh dgn penipuan, propaganda, yg benar suda di selindung.. so, ape yg kite tgk, maklumat kite dapat dari mana2, kite kne pk balik btol ke x ... bg aku, kalau aku x tgk dgn mata aku sndiri... aku xkan caye... penah dgr sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia.. tapi bg dunia skang jin ngan manusia sama jeee.... suar jin pon kite pkai.. hahahaha... da habis merepek da... tgk la law rajin aku tulis la lagi nukilan2 yg ntah hape2 ntah... bye.. peace!!! ^^

25.2.11

hari rase cam normal giler je.. ^^

 Sedar2 tadi, kul 6 pagi?? huiyyooo.... aku tertido la mlm tdi, kul 12 cmtu ar.. best gile.. da lame x tido mlm.. aku ni jenis ada penyakit xbleh tdo mlm.. tapi law kul 8 9 pagi mule la rasa ngantuk, ape nk jd la.. mlm ni nk test tdo awal g.. hehehe....
mintak2 la kereta aku siap pagi ni.. rindu kat kete aku, kitorang x bleh berpisah.. >.< aku bosan.. tolong... eh, pagi lagi ni.. bleh tdo lg ni.. lepas merepek2 ni nak tdo ler.... perut plak lapo, ni la bahana dok sorang.. makan sorang, tdo sorang, tgk tv sorang, wat keje sorang, hidop aku ni aku sorang2 je.. n internet... tempat aku berkawan.. aku nak dok umah wat keje je.. da rase mcm maleh da nak melepak2.. tapi bosan pulak ye dok??

Smalam diasaat aku ketiadaan transport, tetibe ade pasar malam bwh umah aku... best2... senanye tiap2 mgu ade.. tapi x igt pon smalam ade pasar malam, aku punye la pening pale cane nak kuar beli makanan.. umah aku kawasan sri kembangan tapi pendalaman.. tmpt org2 asli menyumpit tupai ngan arnab.. ceyy... hahaha...
k la.. aku x reti la nak memblogkan diri, harap2 btol la ape yang aku buat ni.. hahaha.. beli nasik lomak kat bawah pon chare gak.. hehehe.. bye sume.. assalamualaikum.. slamat sejahtera kepada non muslim.. hehehe


24.2.11

kereta hantar ke bengkel.. adoi....

 Assalamualaikum.. dannn salam sejahtera kepada semua warga MALAYSIA.. ^-^
setelah hantar kete aku kat bengkel selama sebulan ari tu, petang ni masuk bengkel lagi dua hari.. macam-macam la kan bile dah pakai kete ni.. duit pun asik kuar je, pening gak kandang-kadang, mintak2 la bisnes aku brjalan lanjar, korang tolong doakan aku ye.. hurm.. nak ke org doakan aku bile di pk2 balik?? xpe2.. tadi aku da hantar kete aku kat bengkel, dia kate 2 hari baru siap.. siot tol.. bosan2 da la dok sengsorang kat umah xdapat g mane.. hurm... tu pasal la tetibe aku update blog ni, boring punye pasal..
    di panjangkan cerita, sesape nak beli laptop ke, camera digital or slr, camcorder, mobile phone, sila la layari blog aku, murah je.. http://rdonlineshop24.blogspot.com/ hehehe..
   aku x reti sgt nak memblogkan diri, tengok la mane tau pertengahan taun depan aku da pro.. lagi satu aku ada cadang2 nak wat trip gi perhentian tapi x tau g nak wat open ken nak wat kengkawan je.. te aku roger ek?? ceyyy.. wat mcm sms la plak.. ok, sesape yang baca blog aku ni follow la slalu blog ni, aku ada rancangan nti aku update.. bisnes2.. hehehe..  assalamualaikum sume.. ^^


16.11.10

SLAMAT HARI RAYA AIDILADHA

balik kg.. sg besau.. ada family wat korban lembu.. maleh tol nak g.. huhu.. nti kucing aku sape nak bg makan.. ahh.. xkisah la.. ni sume untuk mengeratkan silaturahim antara keluarga.. hahaha.. best la gak.. dapat men ngan budak2 kecik, aku bg dorang mercun.. hehe.. tapi sorang budak ni nangis sbb mercun roket dia x terbang sebab pacak dalam sgt.. sorang dapat satu je.. hahaha...

11.11.10

Jangan kecewakan orang yang benar-benar mencintai kamu.

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan segala2nya tentang kamu termasuklah gambar-gambar kamu di tempat khas.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Pulau Perhentian 2009 ( picture )









10.11.10

Irfan Khairi (jutawan internet) PENIPU????

Assalamualaikum / Salam 1 Malaysia . . .

Kenapa ada segelintir kata Irfan Khairi penipu?? Ada gak aku bc forum2 yg kata IK penipu, tuduh mcm2.. antara isu yg dibangkitkan ;-
  1. IK kata buat website boleh kaya, tapi xkaya pon.
  2. G seminar IK sehari tapi website pun xtau buat lg
  3. Kalau stakat nak buat website bek pegi kursus je xpayah nak byr mahal2.
  4. Dorang samekan IK dgn program MLM seperti uptrend.
  5. Pegi seminar just blaja pasal website, membazir byr mahal2..
  6. IK xkaya, family dia yang kaya.
  7. Dulu dia pernah jual peta Malaysia, boleh kaya ke stakat jual peta Malaysia?
  8. e-dagang menipu? Seperti e-dagang uptrend?
Jawapan peribadi aku :-
  1. IK suruh buat website dan konsisten dgn promosi dgn betul, baru kita nampak effect dia. IK pun start perniagaan internet sejak 2006. Bukan dia buat website dia terus kaya. Dia berusaha untuk mempromosikan jualan dia, buat cerita2 yg menarik, benda ambik masa. Kalau x sabar, mcm mana nk berjaya? Baru wat website 2-3 bulan, pastu xkaya u all salahkan IK. Cube u tgk balik mungkin Branding u x sesuai dgn perniagaan. Mungkin promosi u masih lemah. So kita kene buat strategy marketing berdasarkan apa yg diajar oleh IK kat seminar. Tetap kena usaha bukan goyang kaki. Jgn putus asa kalau nak berjaya.. Dia dah ajar benda betul tapi ada yg salah tafsir diatas kelembapan sel2 otak dorang sendiri.
  2. G seminar IK tapi website pun xtau buat. Semminat IK sbnarnya bukan nak ajar kita buat website, tapi tips perniagaan, cara2 nak mulakan perniagaan. Mcm mana nak buat logo yg berkesan, tag line yg berkesan, dan cara2 yg lebih menarik perhatian pelanggan. Dia just ajar kita, bg jalan yg kena usaha adalah kita sendiri.. Org kite ni, masalahnye nak berniaga, tapi xde modal. IK nak bantu kita buat perniagaan dgn modal amat rendah. Internet sahaja modalnya. Tapi kita salah paham kata IK suruh buat website untuk jadi kaya. IK suruh buat website mungkin kita xada modal untuk buat promosi, bukak kedai, kos penghantaran. Sume boleh diuruskan melalui internet. Lagipun skarang ni mmg byk pengguna internet, sedar x sedar ramai sgt yg sudah buat pembelian melalui internet. Mudah dan 24jam beroprasi.Cume kita perlu lebih memahami konsep. Kalau kita xnampak, kita akan kata IK penipu.
  3. IK menggalakkan kita pergi kursus website supaya kita lebih memahami konsep. Supaya kita boleh buat marketing sendiri. Dia bg jalan sebagai contoh, cara2 nak letak page kita kat first page dlm search engine. Lagi dia ada ajar cara menarik minat pembeli dgn emosi. Yg penting kite kena paham.
  4. IK dan MLM. Sudah tentu bg org yg kenal IK, mmg berbeza sgt. IK bukan MLM, dia xjual barang, dia just jual ilmu. Aku xtau la celah mane same IK dan Uptrend. PK sendiri la.
  5. Membazir ke? Aku byk kali g seminar dia dan sekali je berbayar. 3 kali lagi seminar PERCUMA!! Itu pun da cukup byk maklumat yg aku  dapat pasal perniagaan dan internet. Dia bukan ajar pasal website je, dia akan ajar start dari branding. BRANDING - Permulaan seperti logo, pemilihan nama syarikat, pemilihan tag line syarikat, pemilihan warna yg senang diingat oleh otak. Sume dia akan ajar mcm mane nak lebih effective. Bg aku amat penting bg sesape nak memulankan perniagaan. Aku pun xtau nape korang g byr mahal2 ada yg xtau ape2. Len kali betulkan niat tu, pergi nak dapat ilmu n focus betul2 ape yg disampaikan, buat catatan. Bukan pergi bwk seluar n baju je. Org g dpt ilmu ko dapat penat, dapat rugi n tetibe nak tuduh2 org penipu.
  6. Ada org kata IK x kaya, family dia yg kaya. Kalau dia bukan seorang yg berjaya, dia xkan dijemput bg motivasi kat motivasi pagi kul 6.30. Byk pihak yg sedar kebolehan dan kejayaan IK ni dan jemput IK untuk bg motivasi n cara2 perniagaan yg betul. Ada org x caye dia kaya sbb tu dia tergolong dalam 9 orang jutawan SENYAP malaysia. ulangi, JUTAWAN SENYAP.
  7. Ada org salah paham, kata IK tipu jual peta malaysia boleh kaya. IK memulakan perniagaan internet dgn menjual peta Malaysia. Itu adalah permulaan bg beliau, mungkin selepas jual peta Malaysia dia sedar potensi perniagaan internet sbb just jual peta je dia boleh jadi kaya, xjutawan pun mungkin hidup senang. Lepas tu mungkin dia menambahkan lg product dan service semua melalui internet. Sbb tu skang dia jutawan. Benda dia nak tekankan bukan peta, tapi keberkesanan perniagaan melalui internet.

Aku kesian tgk bangsa2 aku dok sebok mengutuk, mencemuh org yg nak bantu bangsa dia. Bg aku dia bukan ajar kita jadi kaya dgn goyang kaki, tapi bantu kita berusaha, bg tips2 perniagaan, tolong cari jalan sbb kita susah sgt nak berusaha. Jadi dia ajar kita cara yg lebih senang yg org kita mmg mampu buat. Tapi tetap xbleh buat. Dok umah tido tgu mati baru bleh buat kot. Nak terus dapat mane ade beb. Kene usaha, usaha pun xsemestinya berjaya, kena konsisten, xbleh cepat putus asa, YG PENTING SEORANG USAHAWAN PERLU BERPEMIKIRAN POSITIF. DORANG PK NEGATIF SBB TU OTAK LOMBAB SUSAH NAK JUMPE JALAN. Bg aku IK adalah pembakar semangat bg org yg nak berniaga.

History About Me

Assalamualaikum / Salam 1 Malaysia . . .

Ni adalah artikel pertama aku. Selama ni aku mmg malas sgt nak tulis blog. Member2 aku sume ade blog, canggih lg. Tapi lepas ape yg terjadi dlm hidup aku, aku terasa plak nak wat blog. Nak mulekan hidup baru la konon. hahaha.. ni law kawan2 aku bace mesti dorang gelak punye. Lame gak aku fikir nak tulis ape. Last2 ni gak yg aku tulis. huhu.. Baru nak wat blog. haish... Lagi satu maaf kalau aku byk gune short form sbb aku da terbiasa plak. huhuhu..

Cite dia mcm ni, aku dilahirkan di wad bersalin Hospital Besar Kuala Lumpur (skang da jd HKL) pada Oktober 1988. Selama 7 bulan mak aku melayan karenah aku di dalam perut, akhirnya 7 bulan je sbb aku kesian kat mak aku bwk perut besar2. Sebaik saja aku dilahirkan aku dimasukkan ke dalam suatu peti ape tah sbb aku lahir x cukup bulan. Mak aku ckp kesian kat aku nangis2 nak susu, tapi xdpt. Doktor masukkan tiub dlm hidung aku yg comel tu supaya makanan bleh masuk ikut tiub tu. Cane aku nak ckp pun aku xtau. Aku da lupe da time tu. Ni mak aku yg cite.

Lepas tu family aku balik kampung. Parit 11, Sungai Panjang, Sungai Besar. Kawasan sawah padi dan nelayan.Ye la mak aku kan dlm pantang, standard r dok kampung, umah mak mertua. haha.. Mak aku ckp, mase nak masuk umah tu, mak aku dukung aku, langkah je dalam rumah elektrik terus putus. Gelap ar time tu. Takut gak ar aku time tu. Eh, igt plak.. haha.. Mase tu aku baru lahir kot..

Mase tu kalau x silap aku mak aku ngah belajar kat maktab perguruan. Sebelum tu dia dah wat degree dlm bidang ekonomi kat UM. Masa mak aku kat maktab, my dad plak, ceyyy... my dad tu.. hahaha.. Ayah aku plak bertugas sebagai seorang guru di SRK Bidor. Aku ulang alik la kejap g kat mak aku, kejap kat ayah aku.. hahaha.. Lepas tu mak aku keje pegawai sementara kat KL. Same la dorang gilir2 jaga aku. Best owh kejap kat kampung kejap kat kl. hahaha. Masa aku 3 tahun mak aku kena mengajar kat Setiu, Terengganu. Aku duduk kat kampung je time tu.

Haaa.. Aku ingat lagi, mase tu umur aku 4 tahun, ayah aku kat bidor, perak. Aku ngan mak aku dok Setiu, Terengganu. Dok umah kampung je, kecik dan comel. Tu je yg ada umah sewa time tu. Mak aku g ngajar pagi, so xde sape la nak jaga aku, mak aku hantar aku g taska. Aku nangis2 setiap kali kene g taska. Ni cite dia, pagi2 sebelum mak aku g ngajar, dia akan hantar aku g taska. Nek moto je tau,  haha.. cikgu zaman dulu kan, baru start keje plak tu, basic rendah r. So aku pun nangis2 dari atas moto smpai ke taska, smpai dpn pintu taska plak aku gayut2 kat kaki mak aku.. Aku mmg benci g situ dorang slalu paksa budak2 tido, pastu nak kene ketip kuku la. sakit tu dia wat kan. Aku benci gile.. Bile mak aku kesian aku asik nangis je, mak aku pun hantar aku kat umah jiran aku, sbb jiran tu byk anak2 pompuan sebaya aku. Bleh la aku maen2. Aku mmg sonok gile dok situ. Kadang2 malam2 pun aku nak g. huhu.. Aku igt lagi aku men nyorok2 ngan dorang, nyorok dalam almari jenis kain tu, sampai koyak.. Cuak gak la, tapi mak angkat aku tu baek, hahaha. Aku slalu ikot dorang g kebun pagi2.. Kadang2 mak aku bwk aku g ngajar skali. Best dorang ske main ngan aku.. hehehe.. Comel kot aku mase kecik2 dulu.. Byk g yg aku igt tapi nti panjang sgt la plak.


Mase umur aku 5 taun, mak aku mintak tukar ke SMK Buyung Adil, Tapah. Ye ar, mane tahan dok jauh2 dgn suami kan.. haha.. Aku skolah tadika kat chenderiang. Family aku kembali bersatu, kitorang dok kat Chenderiang, Tapah. Mase tadika lagi best. G skolah mesti nyanyi lagu kereta merah kot tajuk dia. haha.. Aku tadika kat sane 2 tahun. Umur aku 7 tahun, family aku berhijrah ke Sg Tong, Setiu, Terengganu.. Aku kat sana 7 tahun sampai 10 tahun. 4 tahun aku kat sane. Kampung gile wa cakap lu.. umah sebijik2. Jalan raya pun kecik je. Depan umah aku ada jalan, seberang jalan ada ladang getah. Blakang umah pulak aka kebun, bukit sume la. So aku mcm tarzan la. Tempat permainan aku kebun2, sungai2 kat blakang kebun jadi kolam mandi. Kalau musim buah lg best, da mcm ape dok atas pokok makan buah manggis. Byk kot aku nak cite, mase aku darjah 3 aku suke surang budak nama Madihah. Tapi suke je la. Aku lembab sket bab2 ni dulu. Hahaha.. Dia anak polis, ramai ske kat dia, sape la aku ni kan. Tapi tiap2 petang aku lepak kat umah kwn aku dlm berek polis. Sampai jadi bestfren ngan budak tu madihah punye pasal..  Hahaha..

Masa aku darjah 5 aku berhijrah lagi, kali ni ke kampung ayah aku plak, di Sg Besar, Sabak Bernam. Kat situ xde la hulu sgt, dulu mase aku mule2 pindah hulu la jugak, tapi skang da jadi town da. Sume ade beb. KFC pun 2 tingkat wa ckp lu... Aku skola kat SRK Sri Makmur, Sungai Besar. Darjah 5. Aku masuk 5kenanga. Time tu aku bru g area selangor, slama ni dok hulu, ckp pun terengganu campur2 kelantan. So mcm klaka giler ar. Slalu kene ejek.. Dah la gemuk time tu. Aku sabar je. Dorang dengki sbb aku pandai kot. hahaha.. Aku igt lagi mase aku skolah agama (sekolah petang) darjah 5, aku slalu kene buli ngan bendahari kelas. Hari2 dia mintak aku duit kelas 30sen. Padahal kene byr sebulan skali je. Tapi yg klakanye mase aku tingkatan 4, dia pindah skolah aku, dan satu kelas dgn aku. Mmmg kene buli balek. hahaha. Beg dia sama dgn ada sorang budak lelaki ni, aku slalu tukar beg dorang smpai dorang bwk balik. hahaha.. byk g aku nak cite ni, tapi mcm xde org bce je. xpe aku abadikan kenangan kat dlm ni, nti aku nak taip g. lalala....Time aku dok sane Sg Besar mcm kenangan aku. Byk benda yg aku xdapat lupekan. Aku mmbesar kat sane. Bleh dikatekan aku org sane la.. Byk sgt la benda terjadi, klaka, gembira, sedih, lawak slapstik, mcm2 lagi la.. Aku kat Sg Besar sari darjah 5 sampai tingkatan 5. Lame owh dok sane. Xtau nak cite mane satu. Terlalu byk benda best. Huhuhu. Hurm.. Aku ada abg, aku ada adik, tapi dorang dah meninggal, time tu aku tadika dan skolah rendah. Aku tinggal la sorang.... T.T

Ada ke org nak baca. Tempoh percubaan je je ni. Sebenarnye byk lg yg aku x cite. tak kan nk cite sume ye x.

 To be continue...